您的位置: 首页

Larian Gemilang Rakan Muda 2010

E-mail 打印

Larian Gemilang Rakan Muda 2010

Kuala Lumpur, 31 Januari 2010 – Bertemakan “Satu Harapan Mengiringi Setiap Langkah”, Jawatankuasa Kelab dan Persatuan Kebajikan dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) telah menganjurkan Larian Gemilang Rakan Muda 2010.

Program yang bertujuan bersenam sambil menderma ini telah disertai kira-kira 400 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekitar Lembah Klang, pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan kakitangan Universiti Malaya, pelajar-pelajar dari IPT lain dan juga orang awam.

Majlis perasmian bagi program ini telah disempurnakan oleh Y.B Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan seterusnya melepaskan peserta-peserta Larian Gemilang.

Selain bersenam sambil menderma, program ini juga dibuat bagi melahirkan kesedaran menjaga kesihatan melalui aktiviti bersukan disamping mengeratkan hubungan masyarakat sekeliling dengan pelajar-pelajar universiti.

Larian Gemilang Rakan Muda 2010 terbahagi kepada empat kategori iaitu junior lelaki dan wanita (18 tahun kebawah) sejauh 7 km dan terbuka lelaki dan wanita (18 tahun keatas) sejauh 10 km.

Setiap peserta dikenakan wang penyertaan sebanyak RM10 bagi kategori junior manakala RM 15 bagi kategori terbuka.

Menerusi wang penyertaan yang terkumpul akan didermakan kepada The Shelter Home One di Petaling Jaya iaitu sebuah organisasi yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja terbiar, anak-anak yatim dan mangsa penderaan.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Malaya, Prof. Dr. Hamzah Abdul Rahman dan juga Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrih Shah, Prof. Dr. Mohd Sahar Yahya.

Disediakan Oleh : Mohd Zuwairi Shafie, Unit Komunikasi Korporat, KBS.

 

会员登录

我们的伙伴

212_90_1
212_90_2
212_90_3
212_90_4
212_90_7
212_90_5
212_90_6
212_90_8
212_90_9
212_90_10